Nuffnang Ads

Sabtu, 8 Jun 2013

Pengenalan kepada forex

Forex adalah singkatan Bahasa Inggeris bagi FOREIGN EXCHANGE ( FOReign EXchange ). Jika diterjemah ke Bahasa Malaysia bermaksud PERTUKARAN MATAWANG ASING. Secara ringkas, FOREX adalah pasaran matawang dunia di mana matawang dibeli dan dijual oleh saudagar-saudagar FOREX dan bank-bank seluruh dunia.

Sebelum tahun 1996, pasaran ini hanya dibuka kepada ahli-ahli exclusive, yang terdiri daripada Bank, Institusi Pelaburan dan individu berpengaruh (High Net Worth Individuals), konglomerat multi millionaire seperti George Soros sahaja kerana modal permulaan sebanyak USD10 Juta diperlukan untuk memasuki pasaran ini.

Oleh itu, pasaran forex ketika itu tidaklah popular dikalangan pelabur biasa kerana ramai yang tidak mampu dan tidak dibenarkan melabur di dalam forex. Jumlah dagangan harian juga di bawah USD500 juta setiap hari sahaja.

Kemudian, pada tahun 1996, forex dibuka kepada orang ramai selepas diluluskan buat pertama kali oleh Presiden Amerika ketika itu, Bill Clinton. Semenjak itu, broker-broker forex tumbuh bagaikan cendawan dan jumlah dagangan terus meningkat setiap tahun. Kini, purata dagangan harian forex mencapai USD3 trillion setiap hari.

Pasaran FOREX amat berkuasa sehingga dapat menjatuhkan ekonomi sesuatu negara dalam sekelip mata (Contoh di Russia dan Indonesia). Ingatkah anda siapa George Soros? Beliau sangat bijak menggunakan kuasa yang ada pada pasaran forex bagi mendapat keuntungan melebihi USD1 billion dalam sekelip mata sahaja.

Kini, broker forex semakin bertambah banyak dan akibat dari pada saingan broker forex di internet, modal minima membuka akaun telah menjadi semakin rendah. Kini, memadai dengan modal sebanyak USD300 sahaja, anda boleh membuka akaun dan mulakan dagangan (trade). Malah sudah ada platform broker internet forex yang menawarkan modal permulaan serendah USD1 sahaja.
Forex adalah suatu instrument pelaburan dunia yang terbesar dengan jumlah dagangan harian melebihi USD3 trillion sehari, jauh melebihi jumlah dagangan di mana-mana bursa saham dunia. Pasaran forex di buka 24 jam sehari tanpa henti , 5 hari seminggu.

Jumlah dagangan (volume) forex adalah melebihi 4 hingga 5 kali saiz pasaran niaga hadapan (futures) US. Forex juga adalah merupakan pelaburan utama bagi bank-bank perdagangan utama, bank pusat (central bank dan bank-bank komersial di seluruh dunia.
Dagangan forex adalah dagangan 2 hala. Bermakna, anda boleh mengaut keuntungan semasa aliran pasaran jatuh dan juga naik. Oleh kerana forex diniagakan 2 hala dan jumlah dagangan forex yang tinggi ini, semua orang berpeluang untuk mengaut keuntungan dan kekayaan melaluinya, dengan syarat anda tahu bagaimana caranya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan