Nuffnang Ads

Sabtu, 8 Jun 2013

Mata wang popular

  1. EUR      = “Euro”                          (mata wang eropah)
  2. GBP      = “Sterling atau Cable”    (matawang inggris)
  3. AUD     = “Aussie Dollar”            (matawang Australia)
  4. NZD      = “Kiwi”                          (Matawang New Zealand)
  5. JPY       = ‘Yen”                            ( Matawang  Jepun)
  6. CHF     = “Swissy”                        (Matawang Switzerland)
  7. CAD     = “Dollar” Canada            (Matawang Canada)
  8. USD     = “US Dollar atau Buck”  (Matawang USA)

Ciri-ciri dan sifat sesuatu matawang
Setiap matawang mempunyai ciri-ciri dan sifatnya yang tertentu. Ciri-ciri dan sifat sesuatu matawang itu lazimnya mengikut polisi atau dasar perdagangan negara tersebut.
Contoh sifat dan ciri-ciri matawang terhadap pasaran global adalah seperti berikut:
  • GBP : Mesra perdagangan atau business friendly. Sebarang berita berkenaan dengan perkembangan ekonomi seperti Indeks Pengeluaran yang positif akan melonjakkan nilai GBP.
  • CHF : Matawang yang selamat dan stabil
  • EUR : anti-USD, Bank Pusat Eropah sangat bimbang kekukuhan matawang USD kerana ekonomi Eropah bergantung hampir sepenuhnya kepada eksport.
  • JPY : Sedang dalam proses mengurangkan inflasi, pengimport utama minyak dunia; sering juga sengaja dilemahkan untuk mengalakkan industri eksport.
  • AUD : Sensitif terhadap harga emas, kerana Australia adalah pengeluar emas kedua terbesar di dunia.
  • NZD : Mengikut AUD kerana ekonomi negara New Zealand bergantung kepada keadaan ekonomi Australia.
  • CAD : Sensitif terhadap harga minyak mentah dunia kerana Canada adalah pengeksport minyak ke-sembilan terbesar di dunia.
Jenis Matawang Terbahagi Kepada 3
Mata wang Direct : (EUR/USD , GBP/USD , dan matawang lain di mana USD di belakangnya.)
Mata Wang Indirect : (USD/JPY , USD/CHF , dan mata wang lain di mana usd di hadapanya.)
Mata wang Cross Rate : GBP/JPY , EUR/CHF, EUR/GBP dimana matawang tiada kena mengena dengan USD )


Tiada ulasan:

Catat Ulasan